March 05, 2011

pemberontakan hati dan perasaan

hello guys. baru ada feel nak update memandangkan cik marlia rasa lebih selesa meluah segala perasaan kat sini. :( cik marlia berada di rumah sekarang. ok, i mean i am in jb right now. engatkan hati menjadi semakin tenang namun ketenangan tu seketika cuma. lega rasa tengok puan mama tersenyum melihat kepulangan anakanda tersayang. namun, hati cik marlia pula xsegembira itu. gembira gembira tapi tidak berkekalan. 

cik marlia berkecil hati. yer itu paling tepat sekali. hati ini xmampu untuk menahan segala rasa yang terbit ni. cik marlia xtaw ape lagi cara untuk buktikan cik marlia mengikut dan menurut segala kemahuan A. segala nya cik marlia jaga, tingkah laku, tutur bicara sedaya mungkin cik marlia jaga hati A agar tidak terluka dek perbuatan cik marlia. namun, ternyata sia sia. 

cik marlia antara yang berjaya. bia pecah kepala otak asal si dia berpuas hati. cik marlia boleh dibanggakan apabila berborak bersama teman-teman. namun, cik marlia xrasa A cukup memahami segala kemahuan dan kesusahan yang cik marlia tanggung. apa yang A taw, cik marlia mesti dapatkan dekan setiap kali keputusan exam keluar. 

cik marlia yang paling jauh, sekurang sekurang nya ringankan laaa beban cik marlia. cuba memahami hati cik marlia. hati remaja apa lagi kalau bukan pemberontakan. yer saya sedang memberontak. mereka sudah berkeluarga masih dibantu masih disuap segala galanya. cik marlia terpaksa berdikari. kat sapa cik marlia nak mengadu? kat siapa. mengadu pun xdidengari. maka lebih baik berdiam diri.

kalau isu sayang dibangkitkan abes kawan cik marlia yang mempunyai 'nya', A xsayang laaaa. kalau sayang laaa A bantu cik marlia. hujan selebat lebatnya tadi. pernah fikir macam mana keadaan cik marlia kat sana? nak keluar macam mana? makan ke tidak? ouh hancur hati cik marlia mengenangkan perkara ini. serius cik marlia xde daya nak buka mulut untuk berkata kata. hati ini terlalu jauh membawa diri. 

kalau K minta dalam xnak masih dibeli jugak. bukan nak membanding tapi itu lah hakikat yang terbentang depan mata. mungkin A xsedar tapi cik marlia n N cukuo sedar akan hakikat itu. memang sampai bila bila K xkan mampu berubah selagi bantuan disuap dari A. xguna bising andai tangan masih memberi. cik marlia mintak bukan untuk niat lain. hanya untuk memudahkan urusan. 

namun, disebabkan salah orang lain orang lain yang jadi mangsa. yer cik marlia rasa terbeban sangat. semua nya xboleh. haritu katenyer xblh sebab nanti susah. al maklum laaa cik marlia ni kan katak bawah tempurung. kena tipu jer nanti. selepas tu cik marlia cari ikhtiar lain, namun ternyata sia sia. kali in beralasan kan bahaya awak tu perempuan. hujan hujan nanti lencun plak. kalau begitu tinggalkan cik marlia dengan option pertama. option yang cik marlia ada dan buat sekarang ni xberbahaya la? berjalan lewat lewat malam. berhujan sehingga lencun satu badan? yer A xpenah taw dan xpenah nak paham kesusahan cik marlia. xpenah nak taw keadaan cik marlia cam mana. sebab tu A nampak segalanya mudah bagi cik marlia.

yer cik marlia suka memendam. pendam sampai hati cik marlia rasa nak meletup. cik marlia da give up nak sambung belajar. lebih baik kerja kumpul duit. senang xperlu nak meminta minta. xde orang boleh halang ape cik marlia nak buat dengan duit tu nanti. jiwa cik marlia sangat terseksa. sedih bila orang yang paling dekat dan paling rapat xmampu rasa apa yang cik marlia rasa. ape yang A tahu hanya pengorbanan yang A lakukan. seolah olah cik marlia langsung xberkorban apa apa untuk A. sedih. tolong la paham cik marlia, seorang remaja yang tengah berada pada tahap klimaks nyer. 

remaja lagi dihalang, ditegah, dimarah, lagi memberontak. bila da memberontak cam cam perangai keluar. bukan memcabar tapi ketahui laaa. itu laaa remaja sekarang. xboleh nak disamakan situasi dulu dan sekarang. masa berubah begitu juga keadaan dan manusia. kalau dulu jangankan psp, basikal pun sukar dimiliki untuk budak berusia 7 tahun. namun, peredaran masa budak 7tahun da ada psp, malah handphone jauh lagi canggih daripada cik marlia. maka fikir fikirkan laa. cik marlia da penat pendam perasaan. 

kalau ikut hati malam ni jugak cik marlia nak balik. namun, cik marlia masih berada dalam keadaan rasional. yer cik marlia sedang memberontak dalam diam. jangan ditanya mengapa cik marlia berdian diri. cik marlia sedang membawa hati yang berduka. luahkan disini lebih mudah. sebab perasaan sakit menusuk lebih apabila segala kata dan luahan xdidengari malah dipandang rendah. 

mood : terasa hati - terluka - sedih teramat :'((

3 comments:

Qasha Elisa said...

sabar maya... i'm wif u..

nur fasihah jamil said...

xnak terasa ati lama2 k... meh balik sini aku tmnkn wat suma keje.. jln ulang alik gi uitm 2 then men hjn sama2.. ok?? senyum k....

~marlia maya~ said...

qasha:thanx dear

seha:still terasa hati..hahaha, kental kn ak kali ni :) thanx 4 alwayz being here by my side :)