December 20, 2010

kawen..kawen

hye guys. da lama pulak rasa xupdate blog. rendu plak nak membebel sambil mengarut ye dakk. erm memandangkan saya baru jer balik dari upacara perkahwinan tiba-tiba mood gatal datang (eyh tidak laaa begitu) belajar pun xsudah jangan berangan nak kawen yer cik marlia :). ok udah-udah laaa tu mengarut. majlis kawen ni berlangsung di negeri sembilan. try nak cakap nogori tapi kang ada plak orang tergelak berguling2 dengan bahasa yang saya gunakan. sudah nya guna laaa bahasa apa-apa pun as long as you guys can understand right??

sepanjang berada di sana, saya terperasan beberapa perbezaan ketara tentang wedding event kat negeri sembilan jika dibandingkan dengan negeri ku,johor. 

1. makanan (always be the first)
-kalau kat johor makanan utama nyer mesti nasi minyak ker nasi jagung or nasi yang berkaitan laaa
-lauk-lauk nyer plak orang kate lauk standard contoh nya ayam masak merah, aca buah, dalca, daging kurma (tapi ada laaa yang ubah mengikut citarasa kan,but more or less just like this) so nak makan ngan nasi minyak boleh nasi putih pn boleh jugak kan
-tapi, kat negeri sembilan da beberapa kenduri kawen yang saya pergi lebih kurang begini plak
- lauk nya yang wajib mesti ada ialah masak lemak cili padi
-yang latest kenduri kawen ni kan masak lemak tempoyak, daging salai, ayam masak merah, masak lemak rebung, kerbau masak lemak (haaaa ko....berlemak-lemak laaa jawabnya kan)
-yang xdapat diterima tekak ni ialah apabila lauk-lauk tersebut nak dimakan dengan nasi jagung. saya xtaw laaa kalau you guys biasa je makan camtu kan, tapi tekak saya xdapat menerima.
-nasi da berlemak tambah berkuahkan masak lemak lagi (hohoho turun 3kg sebab denggi naik 6 kg kan) wakakakaka...pergi kenduri kawen satu je pun :)
-so saya realize banyak nya variety dalam masyarakat kita ni kan. orang melayu itself da macam-macam budaya and adat lagi tambah ngan bangsa lain lagi..erm berfikir secara ilmiah skejap :)

2. tetamu yang hadir
kalau dilihat bukan setakat wedding akak-akak saya laaa, tapi secara keseluruhannya di johor ni. majlis akan berlanjutan sehingga jam 6 petang. da 6 petang pun still ada lagi yang datang. tapi kat negeri sembilan pukul 3 or 4 petang camtu tetamu da surut or dalam erti kata lain da clear. siap boleh kemas meja lagi. w0w!!! cepatnya. saya xmerumuskan secara keseluruhannya wedding kat negeri sembilan begitu yer guys. tapi mengikut pemerhatian saya dan lebih kepada merumuskan tentang perkahwinan yang saya hadiri
       
*takut plak orang negeri sembilan tidak bersetuju dengan statement tersebut (hehehe taw ko takot yer cik marlia) hehe kena laa jaga ati orang kan :)

3. salam kaut
untuk kowang yang xpaham tu,salam kaut ni tetamu memberi secara ikhlas duwet ($$$$) eyh tp bukan laaa dalam nilaian dolar :) or hadiah kepada tuan rumah.haaaa perbuatan ni da cam menjadi wajib untuk rakyat di johor taw. but kat negeri sembilan aritu ada tu ada laaa tapi perbuatan ni mengikut suka ati tetamu (eyh apedaaa ayat) lebih kepada terpulang kepada tetamu laaa. sudah makan balik terus pun xpe sebab sampai-sampai da jumpe tuan umah sekadar menunjuk muka akan kehadiran kamu si tetamu. haaaa harus kawen kat johor kan,boleh dapat salam kaut. muahahahaha. eyh jangan begitu setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri

4. tol (ala-ala lebuhraya plus gitu)
tol ni selalu diamalkan orang johor ketika pengantin nak bersanding. kalau kat negeri sembilan, majlis di rumah pengantin perempuan kan so pengantin perempuan yang akan menjemput pengantin lelaki ke pelamin. tapi tidak di johor. pengantin perempuan akan menanti di pelamin manakala pengantin lelaki dikenakan tol (bayaran berupa wang ($$$) kepada sesiapa saja yang mengawal n menghalang pengantin lelaki daripada bertemu pengantin perempuan di atas pelamin (ermmmm susah rupanya nak kawen ngan orang johor yer) hahaha.. tidak la sesukar itu. sebenarnyer kalau dulu tol tu akan ada sesi berpantun tapi zaman pun da canggih semuanya menggunakan wang maka pantun telah ditukar kepada wang (jadi sesape yang nak berkahwin dengan orang johor pesan siap-siap) saya nak tol ala orang dulu-dulu (save duet yer daaakkkk ) hahaha. kidding guys :). tapi kalau you guys berpeluang tengok orang johor kawen, sangat interesting bila pengantin lelaki terpaksa negotiate harga ngan pengawal-pengawal pelamin. kesian plak tengok (buli-buli cket :) ) hehehe.

ok guys pape pun seronok sangat bila tengok banyak variety neh :) masing-masing ada cara tersendiri untuk memeriahkan majlis perkahwinan mereka. yeahhhh. da marlia sila berhenti berangan, perjalanan awak masih jauh :) so selamat pengantin baru cousin ku :) selamat melayari bahtera perkahwinan yang penuh ngan suka duka.. cheers from marlia :)

2 comments:

miss noname said...

moralnye kawen ngn org jhr or kampung dye kt jhr or org yg da bese ngn adat org jhr. xdela culture shock

~marlia maya~ said...

hahaha~tawu xpe~ceyh nk jgk tu kampung kat jhor~i know who biha :D~