December 20, 2011

andai itu takdirnya

hello guys. lame tak hapdate. mai mai hapdate tajuk nak berjiwa jer lebih kan. fuyooooo lega la sikit banyak jugak mende da settle. tapi still banyak jugak yang menunggu. dua report kena submit, tiga test tengah melambai lambai, satu proposal yang sentiasa menemani cik marlia di sisi. ngeh ngeh ngeh.

setelah 377593 kali berfikir, mungkin melepaskan segala sesuatu yang dekat dengan diri kita itu lebih baik. kesian kat deme cik marlia tak dapat nak bagi perhatian. yer untuk sesiape yang tak duduk kat tempat cik marlia takde sape dapat paham betapa stress nyer jadi pelajar tahun akhir dengan segala dugaan cabaran bertimpa-timpa. 

sekarang ni cik marlia hanya memerlukan orang orang yang begitu memahami cik marlia dalam keadaan camni. yang mana tak mampu paham cik marlia, sila kan pergi dari hidup cik marlia. itu lah takdir hidup. people come and go. so buka minda terima segala keadaan seadanya.

puan mama pula da lumrah naluri seorang ibu, dia tempat mengadu dia la sumber kekuatan nak teruskan sisa perjuangan tahun akhir yang berbaki satu semester lagi. mengadu segalanya kepada puan mama dengan harapan terkurang beban yang ditanggung. nasihat si ibu sedikit sebanyak sejuk jugak dengar...kihkihkih.... tapi ada jugak selit selit kan..

"ma, tak sanggup nak belajar da rasa. nak kawen boleh?" kahkahkah.

cam takde isu lain, malas belajar jer kawen. hengat kawen tu cam petik jari semua da siap? keh keh keh ;p 

untuk seorang kawan, mungkin kawan yang istimewa kat hati cik marlia, terima kasih sebab selalu tahu keadaan cik marlia. selalu ada saat saat cik marlia stress dan selalu buat cik marlia lupakan sekejap tekanan yang ada. ajak keluar for a while dapat hirup udara segar, makan bergelak tawa. 

yer mungkin bagi kome it is nothing tapi untuk cik marlia, perkara perkara tu yang cik marlia perlukan sangat sangat bila mana ada orang yang dapat memahami dan cuba untuk buat cik marlia happy. cik marlia da sangat bersyukur dapat dekat ngan orang camni.

untuk awak, kita pernah jadi jauh dan sekarang kita mula untuk jadi dekat semula. saya just berdoa kita takkan jauh lagi pasni. pray hard that there will be something good behind everything that happen between us. amin :)


No comments: