April 16, 2011

engat laaa pesan ibumu

hello guys. setelah beberapa hari berada dalam tekanan. hari ni jiwa kembali pulih. biasa laaa da nak final exam ni semua yang dibuat atau salah sedikit saja da melenting. emosi sangat xstabil dicampur dengan pms nyer :) 

setelah direnung kembali, difikir fikir dengan kewarasan yang masih bersisa. cik marlia sepatutnya dari awal berpegang kepada kata kata yang puan mama berikan. puan mama pernah berpesan apabila bersahabat baik berdua itu lebih baik daripada bertiga kerana yang ketiga itu pasti menjadikan sesuatu persahabatan itu musnah. cik marlia perasan perkara ni. 

dulu semasa di sekolah kami bersahabat baik seramai 7 orang. apabila nombor ganjil satu yang terakhir pasti sama ada dipinggirkan atau si pembawa kahabar buruk buat enam yang lain. itu biasa terjadi kerana manusia memang dicipta berpasang pasangan. kalau berenam maka pasangan yang wujud,3 maka mana nak diletakkan yang terakhir. bertahan cuma sekejap untuk bersahabat 7 orang. apabila semakin rapat maka semakin banyak laaa keburukan dan kelemahan yang terserlah. 

ibarat bercinta. apabila berdua duaan maka yang ketiga ialah syaitan. tidak memperumpamakan yang ganjil itu seperti syaitan namun, lebih baik berdua or berada dalam kelompok genap. 

semasa di matrik kami berkolompok genap. cik marlia satu bilik seramai 4 orang. masalah timbul tapi boleh diatasi. perkara itu tertutup antara kami berempat. tidak ada orang kelima yang menjadi perantara antara kami berempat. itu lebih baik. maka segala apa yang diluah tidak wujud penyampai nyer. kan itu lebih baik. kadang kadang penyampaian melalui kata kata tuh lain lain interpretasi dan cara penyampaian yang menyebabkan perbezaan penerimaan oleh pendengar. tu yang wujudnya salah paham sehingga musnah satu satu persahabatan tidak kira berapa lama pun usia persahabatan tersebut.

maka pengajaran nya, yer berkawan biar seribu namun hati hati laaa dalam memilih kawan. :)

so cheers from cik marlia :D

No comments: